22 Apr 2012



..demam pru dh mula bertiup dekat skudai. ada 2 orang hamba allah bertudung labuh claim yang dia adalah petugas spr. berdiri tepi gate macam takut2 je muka. so, aku assume yang mungkin dia baru bekerja. tak kisahlah. lepas tu dia cek nama pengundi dalam rumah. yang ada cuma ada nama adik aku je. yang lain2 tak ada. aku diamkan je.lepas tu dia tanya aku mengundi kat mana? aku cakap, aku mengundi kat seremban. mintak no phone lepas tu bagi risalah/ manifesto. bila tengok emm...bulan penuh..hai! ingatkan penganut2 kaum tu takut tuhan sebab berbohong. rupanya dia lebih kurang saja dengan manusia dua alam..

10 Apr 2012



apa persamaan antara kad pengenalan dan duit syiling/ kertas? ya, keduanya antara item yang kerap wajib ditukar..ahhh!..point untuk apa? kalau orang nak palsukan kedua2nya, seribu kali tukar pun belum tentu pemalsuan dapat dihapuskan..ic aku pun masih guna alamat lama. selagi tak wajib, buat apa nak berpenat pegi pejabat pendaftaran ye tak? kata adik aku, gambar ic baru dia lebih matured..hehe..budak lelaki yang tak sabar2 menjadi dewasa..

kalau bershopping perasan tak dekat resit pembayaran ada perkataan dibundarkan..ya, duit syiling 1sen tiada nilai lagi..tapi kenapa barang2 masih ada yang tertera 98sen,99sen? aku tak faham..nampaknya duit syiling sekarang pun dah bertukar selepas duit kertas ditukar..macam2kan?

6 Apr 2012

salah seorang undercover dalam cerita yang akan aku tuliskan! handsomekan? harus! 


ingat cerita gerak khas lagi tak?cerita tu wujud tahun bila? 10, 20 tahun lepas ke? masa tahun gajah dulu, pernah jugak aku tengok..tapi sekarang tak lagi..sebab aku ada banyak lagi agenda..baru la ni sengaja aku tengok channel 2..rupanya gerak khas dah tak ada. diganti dengan metro skuad..tapi tak payahlah tengok atau pun rasa teruja sebab ceritanya sama je..skrip masih macam dulu. recycle. tukang buat skrip bukan main ramai. kata orang, ramai kepala lebih bagus tapi masih di bawah tempurung lagi..dan yang penting masih ditayangkan di waktu prime..kelakarlah. bila orang komplen, cakap orang dengki tapi kalau buat drama/ filem tu, buatlah betul2.jangan syok sendiri.

30 Mar 2012



hari yang ditunggu2 sudah tiba. hari jumaat. ada apa dengan hari jumaat? jawapan straight to the point - he's beautiful...haha!..husband aku memang menyampah tengok cerita korea..tapi aku lagi suka sebab masa tu tak ada sesape kacau aku..walaupun masa tayangan memang hampeh tapi, tak kisahlah sebab aku bukannya kena kerja pun esok pagi..aku kan princess! husband aku sanggup main game ataupun baca buku pukul 12:45..dia tak suka segala2nya tentang cerita korea..dia cakap terlalu stereotype/ kadang2 menipu/ pakaian macam hampeh/ lagu2 pun macam hampeh...pendek kata semuanya serba tak kena..haha...kalau dah tak suka, semuanya keluarkan?? tapi seperti yang aku cakap sebelum ni, cerita korea ok sikitlah daripada cerita indon yang merepek giler..kalau takde part hilang ingatan, masuk penjara, masuk mahkamah memang tak sah...

29 Mar 2012




mencabar betul nak jaga anak zaman sekarang..marah sikit, cubit sikit, merajuk lepas tu lari rumah..kenapa diaorang boleh terfikir nak lari dari rumah? ish! tak ke bodoh namanya? kalau lari boleh selesaikan masalah ke? aku tak faham dengan pemikiran budak2 macam ni..disebabkan aku ada adik perempuan, aku tak bolehlah nak riak sangat bercerita keburukan budak sekarang kan?? tambah pulak aku ada dua orang anak comel yang memang selalu memberontak..kenapa??? aku pun tak faham..i'm not in their shoes!

tapi secara jujurnya, umur di peringkat kanak2 dan remaja memang mengalami proses rebel..dulu, aku pun sama jugak..bila mak membebel, aku bengang..tapi aku jenis tak menjawab apalagi nak lari dari rumah..sebab? mak aku masak sedap..rugi kalau lari wooo! aku frust bila tak dapat keluar jumpa kawan2 yang kebanyakkannya mak diaorang sporting giler..

dan bila aku berada di tempat aku sekarang...errr...maksud aku, pada umur aku sekarang...aku pula over-protective..haaa! dah berjangkit dengan mak aku..bersalah atau tak? untuk perkembangan minda anak2 memang tak baik kalau menghalang anak2 berkawan tapi...err...aku dah cakap, yang aku masih tak mahu lepaskan diaorang...aku masih belum bersedia membiarkan mereka membesar...dan..melangkah meninggalkan aku...untuk...ke...sekolah...~


yang benar,
desperate mom

19 Mar 2012


ya. aku dah jatuh cinta. jatuh cinta dengan tulisan alexander mccall smith. sweet macam agatha cristie..tapi ini volume 11..ahhh!

16 Mar 2012



sejak akhir2 ni banyak pulak kes budak2 didera, dibunuh, hilang dan sewaktu dengannya..ish! kesiankan? tapi dalam pada tu, mesti soalan pertama yang tertanya di minda ialah macam mana mak diaorang jaga diaorang sehingga terjadinya kes sebegitu? adui! berat betul tugas seorang mak kan? diaorang boleh cakap apa saja..tapi diaorang tak tahu macamana situasi yang sebenar..kadang2 kita tak boleh terlalu prejudis..mintak2 aku tak akan jadi macam tu..